Selasa, 14 Oktober 2014

Siapa Orang Yang Sentiasa Dihati Anda

Jujur cakap , aku mengalir airmata tanpa sedari bila baca ni ...      
Kalo korang syg ibu baca lah ni.tak sampai 5 minit pun.        

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata, memang betul)
       
Bila dahaga , yang susukan aku ..... Mak .        
Bila lapar , yang suapkan aku ......Mak .    
   
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku ..... Mak          

Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut ...... Mak .        

Bila bangun tidur, aku cari .......Mak .    
   
Bila nangis , Orang pertama yang datang ....... Mak .    
   
Bila nak bermanja, aku dekati .......Mak .
       
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah ........Mak .
       
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya .......Mak .    
   
Bila nakal , yang memarahi aku ........Mak .        
Bila merajuk , yang memujukku cuma ........Mak .      
 
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah........ Mak .      

Bila takut , yang tenangkan aku .........Mak .        
Bila nak peluk , yang aku suka peluk ........Mak .        
Aku selalu teringatkan ........ Mak .        

Bila sedih , aku mesti telefOn .........Mak .  
     
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahu .......Mak .        

Bila bengang , aku suka luah pada .........Mak .        
Bila takut , aku selalu panggil .......... " Mmaaakkkk ! "      
 
Bila sakit , Orang paling risau adalah ........Mak .        
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga ........Mak .  
     
Bila buat hal , yang marah aku dulu ........Mak .    
   
Bila ada masalah , yang paling risau ..........Mak .        
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni ......... Mak .        

Yang selalu masak makanan kegemaranku ....... Mak .    
   
Kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk ........Mak .        

Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku ..........Mak .        

Yang selalu berleter kat aku .........Mak .    
   
Yang selalu puji aku .........Mak .        

Yang selalu nasihat aku ....... Mak .        

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk ......... Mak.

Ucapan azimat mak "Biar org tak sayang kamu..... Mak sayang kamu"

Kini Aku ada pasangan hidup sendiri .    
   
Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .        
Bila sedih , aku cari , Mak .        
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .        
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .    
   
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .        
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .  
     
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .        
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .        
Bila sambut harijadi, Aku bagi hadiah pada Pasanganku !          Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !      
 
Selalu , Aku ingat pasanganku !        
Selalu , Mak ingat kat aku !        

Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !          Entah bila , aku nak telefOn mak !        

Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !        
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !        

Renungkan :        
" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak        
" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "        
Berderai air mata jika kita mendengarnya .        
Tapi kalau mak sudah tiada .        
" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "    
   
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !          Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !          Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !          Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !          Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !        
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !        
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !        
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :        
1) TOlOng pergi kedai : RM4.00        
2) TOlOng jaga adik : RM4.00        
3) TOlOng buang sampah : RM1.00        
4) TOlOng kemas bilik : RM2.00        
5) TOlOng siram bunga : RM3.00        
6) TOlOng sapu sampah : RM3.00        
Jumlah : RM17.00        
Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .        
1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA        
2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA          3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA        
4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA          5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA        
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA        
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata ,        
"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
"Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .        

Jika kamu menyayangi ibumu , cOpy & paste/shere kanlah Status ini kepada sahabat sahabat anda.

Kasih ibu kasih sejati bawa ke hingga ke mati.

Saya sayang MAK saya ! 


















" Mmmuuaaahh !!! " :** untukmu org yang  tersayang oh mama. Rugi kalo tk send msj ni . .            


Kelebihan Membaca & Menghafaz Quran



"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya"
(Hadith riwayat Bukhari)

"Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

"Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya."
 (Hadith riwayat Muslim)

"Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Qur'an maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam."
 (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

"Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Qur'an maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf."
 (Hadith riwayat Tarmidzi)

"Berkata Allah s.w.t.: Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Qur'an dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (Al-Qur'an) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya."
(Hadith riwayat Tarmidzi)

"Bacalah Al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah."
(Hadith riwayat Ad-Darimy)

Isnin, 13 Oktober 2014

Rujukan Kita Semua

Bacalah..Bacalah..Bacalah
Selepas malaikat israfil meniup sangkakala(bentuknya seperti tanduk besar) yg memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu,izrail pun mencabut nyawanya malaikat yg tgl dan akhirnya nyawanya sendiri.

selepas semua makhluk mati, tuhan pun berfirman mafhumnya "kepunyaan siapakah kerajaan hari ini"? Tiada siapa yg menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dgn keagunganNya "Kepunyaan allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat israfil a.s dihidupkan,seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih,berupa padang mahsyar (umpama padang  Arafah) yg rata tidak berbukit atau bulat spt bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yg berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sgt takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yg akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yg berterbangan dgn bunyi seperti guruh yg menghalau manusia,jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan(bagi yg banyak amal), bejalan kaki(bagi yg kurang amalan), dan berjalan dgn muka (bg yg banyak dosa). Ketika itu ibu akan lupakan anak,suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan,matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggl dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yg amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yg tebal pecah dgn bunyi yg dasyat,lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada ALLAH SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yg besar dan suaranya yg menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dgn kepanasan yg berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandi peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yg mengandungi air yg hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bkn mukmin akan dihalau oleh malaikat yg menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selam-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi,warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia pempunyai saluran yg mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yg terik kecuali 7 golongan yg mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
i- Pemimpin yg adil.
ii- Orang muda yg taat kepada perintah ALLAH SWT.
iii- Lelaki yg terikat hatinya dgn masjid.
iv- Dua orang yg bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
v- Lelaki yg diajak wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
vi- Lelaki yg bersedekah dgn bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
vii- Lelaki yg suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalirkan air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar,semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yg beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan  Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s.(semuanya memberi sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yg lain adalah 1000 tahun perjalana.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammmad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu terdengar bunyi pukulan gendang yg kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yg dipikul oleh 8 malaikat yg sangat besar(besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dgn suara yg amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

Arasy ialah jisim nurani yg amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yg mempunyai 4 batang tiang yg sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yg besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yg mempunyai seribu bilik yg menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yg menghijap cahayanya yg sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yg terletak di hadapan Arsy yg dipikul oleh 4 malaikat yg sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin di tengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yg terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanglah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat hafazhah/raqib & 'atid/kiraman katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yg zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri utk dibezakan.

Umat yg pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yg pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yg pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalanya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dgn tangan kanan bg orang mukmin dan tngan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu neraca timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yg mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yg bercahaya untuk menimbang pahala dan yg gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing di hisab.

Perkara pertama yg diminta ialah islam. Jika dia bukan islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan di pateri, tangan akan berkata-kata,kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang,makamah mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yg sedang dibicarakan sehinggalah seluruh mskhluk berpuas hati dan dibenarkan menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
i- Meringankan penderitaan makhluk di padang mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ii- memasukan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
iii- mengeluarkan manusia yg mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh tuhan utk memberi syafaat kpd para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70000.setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70000 orang lain.

Setelah berjaya dihisab,manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul mustaqim ialah jambatan (titian) yg terbentang di bawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah spt sehelai rambut yg dibelah tujuh dan ia lebih tajan dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan di lebatkan dan di mudahkan menyeberanginya.

 fudhail bin Iyadh berkata perjalan di sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yg melintasinya seperti kilat,seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yv tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menatik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yg lalu. Setiap 1000 orang yg meniti sirat,hanya seorang sahaja yg berjaya melepasinya. 999 orang akan jatuh ke neraka.

RUJUKAN:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh zainal Abidin  Muhammad Al-fathani. Pustaka Nasiional singapura 2004

 jika sekiranya kalian ingin mengumpulkan saham akhirat,sampaikanlah ilmu ini kpd sahabat2 yg lain. Seperti sabdha Rasulullah SAW: "sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat"
Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu,hanya 3 perkara yg akn dibawanya bersama:
-sedekah/amal jariahnya.
-doa anak2nya yg soleh.
-ilmu yg bermanfaat yg disampaikannya kpd org lain.
WallahHu'Alam.

Sabtu, 11 Oktober 2014

Perasan Tak?

PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...
...
PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam ..

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus ..

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian. ?.

Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuhnya & jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya.

Kirimlah kpd insan2 yg anda kenali