Jumaat, 23 Disember 2016

*TAZKIRAH MAHABBAH*

*TAZKIRAH MAHABBAH*
_*(Kasih Sayang)*_

🌺💐🌷🌹🌺

*KEMBALILAH KEPADA  ALLAH DAN RASUL-NYA*

*Hikmah Berbakti Kepada Ibu Bapa*

Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.

Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman. Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah.

Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya. "Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan. "Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan. "Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit. "Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai.

Dalam perjalanan aku melihat sebuah kubah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu. "Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut. "Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada.

Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah." "Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?" "Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu." "Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan. "Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang.

Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah karomah (kelebihan) bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.

Khamis, 22 Disember 2016

Capal / Sandal / Na'al Rasulullah SAW

Capal / Sandal / Na'al Rasulullah SAW

Ada seorang ulamak menggunakan nama " MAULANA " cuba utk mengelirukan masyarakat mengenai kelebihan capal/sandal Nabi SAW yg mulia ...

D sini saya kongsikan tulisan drpd GURU beliau sendiri iaitu Syeikhul Hadis Al Allamah Maulana Zakaria Al Kandahlawi ...

FADHILAT SANDAL RASULULLAH Sollallahu 'alaihi wasallam.


Maulana Zakaria al- Kandahlawi (rah) dan Maulana Asyraf Ali Thanwi (rah) adalah dua nama ulama besar dari aliran Deobandi.

Setiap pelajar yang berkelulusan dari Darul Uloom Deoband atau dari mana-mana madrasah yang beraliran Deobandi pasti mempunyai sanad keilmuan yang akan melalui kedua-dua tokoh ulama berkaliber tinggi ini.

 Kedua-dua mereka telah menyebut dalam kitab mereka mengenai fadhilat gambar dan lakaran sandal/ capal Rasulullah SAW.

Syaikhul Hadis Maulana Zakaria al-Kandahlawi dalam kitabnya yang mensyarahkan kitab “Syamail at-Tirmidzi” menyatakan:

Gambar lakaran sandal/capal dan kelebihan serta keberkatannya telah diberikan dengan begitu terperinci di dalam kitab “Zadus Sa`id” karangan Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi (rahmatullah ‘alaihi).

Khasiatnya tidak putus-putus. Beliau menyatakan bahawa beliau sendiri (Maulana Zakaria) telah mengalaminya beberapa kali. Beliau berkata dengan menyimpan sebuah gambar lakaran capal ini seseorang itu akan diberkati dengan ziarah bertemu Rasulullah, akan dilepasi daripada ancaman kuku besi penzalim, mencapai keberhasilan pekerjaannya dan berjaya di dalam segala cita-cita melalui tawassul capal ini. ”

Selain Maulana Zakaria dan Maulana Asyraf, seorang alim ahlus sunnah tersohor berasal dari bumi Palestin, bernama Syeikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani telah mengungkapkan kemuliaan sepatu Rasulullah dalam bentuk puisi dalam kitabnya “Jawahirul Bihar” , ianya adalah seperti berikut;

1) Alas kaki Nabi Muhammad berada di atas kepala alam semesta dan seluruh makhluq berada di bawah bayang-bayangnya.

2) Ketika di bukit Tursina, Nabi Musa as diperintah supaya menanggalkan (alas kakinya), tetapi Nabi Muhammad saw. biarpun berada pada jarak yang lebih tinggi drpd bukit Tursina, tidak diminta drpdnya supaya ditanggalkan sandalnya (kerana apa shj yg berkaitan dgn nabi, jadi mulia - dlam bhsa mudah).

3) Lambang yang meniru Sandal asli Sang Rasul saw. yang paling Mulia itu membuatkan bintang-bintang berangan-angan
menjadi tanah untuk dipijak olehnya.

4) Madu-madunya, tujuh petala langit semuanya cemburu, dan mahkota-mahkota raja semuanya merasa hasad padanya.

5) Lambang sandal al-Mustafa saw itu tiada tolok bandingnya, ia adalah kerehatan bagi rohku dan celak (ubat) bagi mataku.

6) Sangatlah mulia lambang sandal yang Agung ini! Kerananya, semua kepala berharap, alangkah baiknya jikalau dapat menjadi kaki (Baginda saw.)

7) Apabila aku melihat ALLAH mula memerangi manusia (kerana maksiat mereka), aku menjadikan alas kaki tuannya sebagai perisai.

8) Aku berlindung daripadaNYA (Kemarahan ALLAH) dengan keagungan lambang alas kaki Baginda, sebagai tembok yang kukuh dimana aku berasa aman dibawah perlindungannya.

9) Aku berkhidmat pada lambang Sandal al-Mustafa saw, supaya dapat aku hidup di dunia dan akhirat dibawah bayang-bayangnya.

10) Berbahagianya Ibnu Mas`ud ra. kerana khidmatnya pada sandal Baginda (yang sebenarnya), dan aku, adalah si dia yang berbahagia kerana khidmatku pada lambangnya.

11) Sesungguhnya, bukanlah pada lambang itu hatiku merindu, tetapi pada Baginda saw. yang memakai sandal itu…

12) Kita direndahkan oleh cinta kerana memuliakan sandal ini, dan bilamana kita merendahkan diri dihadapannya, kita akan diangkat dan dimuliakan.

13) Maka letakkanlah ia di rak-rak teratas, kerana secara zahir ia adalah Sandal, namun pada hakikatnya ia adalah Mahkota.
__________________

Dan di antara kelebihannya yang telah terbukti manfaat dan keberkatannya ialah tentang apa yang dikisahkan oleh seorang syaikh yang soleh, Abu Ja’far Ahmad bin Abdul Majid:

1) “Aku telah membuat mitsal ni`al (lakaran sandal) ini untuk seorang muridku, maka dia telah berjumpa denganku pada suatu hari dan berkata:

"Kelmarin aku telah melihat keberkatan ni`al ini yang ajaib. Isteriku telah ditimpa sakit yang berat sehingga hampir-hampir binasa, maka aku letakkan mitsal ni`al tersebut pada tempat sakitnya dan berdoa,

“ALLAHUMMA ARINI BARAKATa SOHIBI HAZhA AN-NA’LI” ( Ya Allah, tunjukkanlah aku keberkatan tuan empunya ni`al ini, yakni Junjungan Nabi s.a.w.),
Lalu dia disembuhkan Allah pada waktu itu juga.

2) Keharusan bertawassul dengan lakaran sandal Rasulullah SAW juga disebutkan oleh Maulana Zakaria Kandahlawi dalam kitabnya Syarah Syamail Tirmizi.

3) Antara kelebihannya yang lain juga dicatatkan oleh Imam al-Qustulani dalam kitabnya “al-Mawaahibul Laduniyyah” juz ke-2 mukasurat 174.

Telah berkata Abu Ishaq: "Telah berkata Abul Qasim bin Muhammad" :

”Di antara yang telah mujarab keberkatannya ialah sesiapa yang membawanya bersama dengan niat untuk mengambil berkat, jadilah dia selamat daripada kejahatan penjahat, memperolehi kemenangan ke atas musuh dan mendapat penjagaan daripada syaitan yang jahat serta dipelihara daripada kedengkian orang-orang yang hasad.

Dan jika dibawa oleh orang perempuan hamil yang sedang sakit hendak bersalin pada sebelah kanannya, nescaya dipermudahkan urusannya tersebut dengan pertolongan dan kekuatan Allah.”

Beberapa ulama lainnya juga telah mengarang berbagai kitab mengenai lakaran sandal atau ni`al al-Mustafa saw ini. Antaranya ialah Imam Ibnu ‘Asakir dalam kitabnya“Timsalu Na’l an-Nabiy“, Imam Ibnu Muqri dalam kitabnya “Qurratul Aynayn fi Tahqiq Amr an-Na’layn“, Imam Abul Abbas al-Maqqari dalam kitabnya “Fathul Muta`al fi Madhin-Ni`al” dan ramai lagi yang lain.

Ulama membuat lakaran atau imej sandal Rasulullah s.a.w demi kecintaan kepada Nabi junjungan besar s.a.w. sehingga merasakan sandal di telapak kaki junjungan s.a.w lebih mulia dan lebih bertuah daripada diri mereka. Hal ini amat payah untuk difahami oleh orang-orang yang tidak mengenal cinta dan orang yang tidak pernah mengecap fana-ur-rasul.

Bukankah kecintaan itu menuntut untuk mencintai apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan yang dicintainya. Perhatian diberikan hatta ke sandal Kekasih s.a.w bukan kerana sandal tetapi kerana yang tuan empunyanya. Tulusnya cinta pada kekasih telah menyebabkan keberkatannya terzahir pada diri pencinta.

Jika sandal Rasulullah saw itu tiada apa-apa kaitan dengan agama, maka sudah tentu para sahabat Rasulullah saw tidak perlu bersusah payah meriwayatkan hadis-hadis berkenaan rupa bentuk sandal yang dipakai oleh Rasulullah seperti mana yang telah dihimpunkan hadis-hadisnya oleh Imam Tirmizi dalam Syamail-nya yang menerangkan mengenai rupa dan bentuk sandal Rasulullah secara terperinci.

Jika ada yang mengatakan "bukankah bukti cinta Rasulullah saw itu dengan mengikuti sunnahnya?". Demikian memang benar, tetapi manusia juga diberi ruang dan peluang untuk memupuk perasaan cintanya terhadap Rasulullah sebagai asas kekuatan dan motivasi untuk beristiqamah dengan sunnah Rasulullah saw.

Semoga kita ditumpahkan perasaan cinta yang mendalam terhadap Rasululah saw serta apa dan siapa saja yang berkaitan dengan Baginda, Sollallahu 'alaihi wasallam.
Aamiin.

💜 Surah Al-Ikhlas


"JANGAN TERLALU MEMANDANG BINTANG DI LANGIT HINGGA KITA TERLUPA RUMPUT DI BUMI"

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

Nota
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat".

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu, Aku akan
menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..."

Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa yang menyampaikan 1(satu) ilmu saja dan ada orang yg
mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia),
dia akan tetap memperoleh pahala.
SUBHANALLAH..!
I hope today Ya اَللّهُ :
✔ Muliakanlah yang membaca pesan ini
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah kel
uarganya, dan
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
✔ Mudahkan seganla urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka
    Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan
✔ Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Surga-MU.

 آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Kirim ke semua orang dalam contact. Doakan mereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan.

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

Rabu, 14 Disember 2016

TEKA TEKI AL QURAN

Tahukah Anda? Al-Quran Itu Ada:

S : Berapa jumlah Surah dlm al-Quran ?
J : 114 Surah

S : Berapa jumlah Juz dlm al-Quran ?
J : 30 Juz

S : Berapa jumlah Hizb dlm al-Quran ?
 J : 60 Hizb

S : Berapa jumlah Ayat dlm al-Quran ?
    J : 6236 Ayat

S : Berapa jumlah Kata dlm al-Quran ?, dan Berapa Jumlah Hurufnya ?
    J : 77437 Kata, atau 77439 Kata dan 320670 Huruf

S : Siapa Malaikat yang disebut dlm al-Quran ?,
     J : Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromulkatibun HamalatulArsy, dll.

S : Berapa Jumlah Sajdah (ayat Sujud) dlm al-Quran?
    J : 14 Sajdah

S : Berapa Jumlah para Nabi yg disebut dlm Al-Quran ?
    J : 25 Nabi

S : Berapa Jumlah Surah Madaniyah dlm al-Quran ?, sebutkan.
    J : 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa" al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra'd, al-Haj, al-Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al-Rahman, al-Hadid, al-Mujadilah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'ah, al-Munafiqun, al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim, al-Insan, al-Bayinah, al-Zalzalah, al-Nashr.

S : Berapa Jumlah Surah Makiyah dlm al-Quran ?sebutkan.
     J : 86 Surat, selain surah tersebut di atas.

S : Berapa Jumlah Surah yg dimulai dgn huruf dlm al-Quran ?
     J : 29 Surah.

S : Apakah yg dimaksud dgn Surah Makiyah ?, sebutkan 10 saja.
     J : Surah Makiyah adalah Surah yg diturunkan sebelum Hijrah, seperti : al-An'am, al-Araf, al-Shaffat, al-Isra', al-Naml, al-Waqi'ah, al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil, al-Falaq.

S : Apakah yg dimaksud dgn Surah Madaniyah? sebutkan lima saja ?
     J : Surah Madaniyah adalah Surah yg diturunkan setelah Hijrah, seperti : al-Baqarah, al-Imran, al-Anfal, al-Tawbah, al-Haj.

S : Siapakah nama para Nabi yg disebut dlm Al-Quran?
     J : Adam, Nuh, Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Dawud, Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa', Luth, Hud, Saleh, ZulKifli, Syuaib, Idris, Muhammad Saw.

S : Siapakah satu-satunya nama wanita yg disebut namanya dlm al-Quran?
      J : Maryam binti Imran.

S : Siapakah satu-satunya nama Sahabat yg disebut namanya dlm al-Quran?
     J : Zaid bin Haritsah. Rujuk dlm surah Al Ahzab ayat 37.

S : Apakah nama Surah yg tanpa Basmalah?
     J : Surah at-Tawbah.

S : Apakah nama Surah yg memiliki dua Basmalah?
      J : Surah al-Naml.

S : Apakah nama Surah yg bernilai seperempat al-Quran?
      J : Surah al-Kafirun.

S : Apakah nama Surah yg bernilai sepertiga al-Quran?
      J : Surah al-Ikhlas

S : Apakah nama Surah yg menyelamatkan dari siksa Qubur?
      J : Surah al-Mulk

S : Apakah nama Surah yg apabila dibaca pada hari Jum'at akan menerangi sepanjang minggu ?
      J : Surah al-Khafi

S : Apakah ayat yg paling Agung dan dlm Surah apa?
     J : Ayat Kursi, dlm Surah al-Baqarah ayat No.255

S : Apakah nama Surah yg paling Agung dan berapa jumlah ayatnya ?
     J : Surah al-Fatihah, tujuh ayat.

S : Apakah ayat yg paling bijak dan dlm surah apa?
     J : Firman Allah Swt :" Barang siapa yg melakukan kebaikan sebesar biji sawi ia akan lihat, Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan lihat.. (Surah al-Zalzalah ayat 7-8)

S : Apakah nama Surah yg ada dua sajdahnya ?
     J : Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77.

S : Pada Kata apakah pertengahan al-Quran itu di Surah apa ? ayat no Berapa ?
     J : وليتلطف Surah al-Kahfi ayat No. 19.

S : Ayat apakah bila dibaca setiap habis Solat Fardhu dpt mengantarkannya masuk ke dalam surga ?
     J : Ayat Kursi.

S : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 31 kali dlm satu Surah dan di Surah apa ?
     J : Ayat  فبأي آلاء ربكما تكذبانِ ) pada Surah al-Rahman.

S : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 10 kali dlm satu Surah dan di surah apa ? Apakah ayat ini ada juga disebut dlm surah lainnya? Di Surah apa ?
     J : Ayat ( ويل يومئذ للمكذبين ) pada Surah al-Mursalat, juga ada dlm Surah al-Muthafifin ayat No. 10.

S : Apakah Ayat terpanjang dlm al-Quran ? pada Surah apa? Ayat berapa?
     J : Ayat No 282 Surah al-Baqarah...

Ahad, 11 Disember 2016

🍶 *RAHSIA GAŔAM*

🍶 *RAHSIA GAŔAM*

*SIHIR atau SANTAU dpt di halang dgn MENGAMALKAN GARAM mengikut cara NABI SAW*ﷺ

~ Sebelum makan Nabi ﷺ letak secalit garam di lidah Utk elak santau dan tapis makanan yg akan di makan.

~ Sampai di tmpt baru, Nabi ambil garam dulu Utk sesuaikan hormon terlebih di tmpt baru.
~ Untuk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. Kenapa ye? Allah dah cipta garam Utk penarik toksid/asid/racun dlm darah atau tubuh dan juga penarik unsur² negatif.

~ Pengamal² Perubatan Islam Utk *bersih rumah atau pagar rumah* perlu tabur garam di sekeliling rumah.

~ Garam juga unsur yg boleh 'balance' balik sistem tubuh kita.

*~ Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dgn suhu yang tinggi/panas,* maksudnya kalau nak masak. Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar *suhu turun dulu, baru letak GARAM.*

~ Kita panggil bubuh garam atas darat macam Org² arab buat. Bubuh garam masa nak makan. Sebab? *Garam ada SODIUM dan POTASSIUM..* Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas garam hanya tinggal sodium, *POTASSIUM ROSAK dlm SUHU panas.* Sebab tu kena darah tinggi.

~ Selok-eloknya di tmpt makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah *Rasulullah ﷺ mencalit secubit garam mggunakan jari kelingking kanan* dan dletakkan ke *lidah bahagian depan*. Ianya akan mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman.

Khasiat Garam dalam Perubatan Islam ada bbrpa *PETUA* penggunaannya.

*1. Merendam kerang supaya hilang tahinya.* Dlm kaedah perubatan Islam, *sesuatu perkara yg buruk diubat dgn asalnya*. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan Utk meneutralkan keburukannya (tahi).

*2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin.* Ikan kering yg terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dgn merendam dlm air garam juga.

*3. Mengubat gout.* Gout disebabkan pemakanan makanan laut yg berlebihan. Org yg tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dlm pasir laut. Bagi mereka yg tinggal di bandar, *garam KASAR digoreng dan didemahkan di tmpt sakit ketika GARAM masih PANAS.*

*4. Merawat cirit-birit.*: Minum air yg dicampur sedikit garam.

*5. Merawat mabuk perjalanan.* Utk merawat mabuk perjalanan, *garam dicampur madu dan air* lalu di minum sblum memulakan perjalanan.

*6. Garam diguna utk merawat kegatalan.* Air yg dicampur garam disapukan pd kulit yang gatal.

*7. Menambah IMUNITI badan* akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tmpt di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yg berkunjung ke Arab akan mgalami alahan thdp hawa/angin tmpt baharu. Air garam diminum sbgi ubatnya... *ماشآءالله*

*8. Menghilangkan penat kerana kerja berat.* Amalan Org² Melayu tradisional yg bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yg dicampur garam.
Perhatikan air 100 plus atau air isotonic skrg ini di pasaran kesemuanya bergaram..!
Betulkan?... *سُبْحَانَ اللهِ*

*9. Mengelak SIHIR/gangguan JIN* bagi mereka yg bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yg dibaca padanya dgn
*Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali)* ditabur di sekeliling khemah.
*لٓاحٓوْلٓ وٓلَا ٓقُوَّةٓ إِلاَّبِاالله*

*10. Mengelak gangguan syaitan/jin kpd bayi.* Ada ketikanya bayi kerap menangis waktu malam. Utk mgatasi masalah ini, *GARAM dicampur dgn bawang Merah, bawang Putih dan Lada hitam.* Campuran itu diletak dlm gelas/cawan/bekas yg terbuka. Bekas itu diletakkan di bhgian kepala bayi.

*11. Mengubat Org yg diganggu jin. Bagi Org dewasa yg dikhianati (disihir)*, cara mgubatnya ialah dgn meletakkan garam yg *dibaca al-Fatihah* di *perdu lidah*. *Perdu lidah* ialah bhgian *bawah lidah* yg apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah. Dan buat *Mandian air bercampur Garam yg di Rukyah (doa).*
*اَللهُ اكبر..!*

*Semoga bermanafaat.*
ْ *إنْ شَآءَالله  ..آمــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِين*

*GARAM:* Penyembuh@Pembunuh?

*Nabi ﷺ bersabda:*
*"Sebaik² LAUK adalah GARAM"*
*(Al-baihaqi)*

*GARAM* bukanlah penyebab penyakit, malah *ubat yg paling mujarab SEKIRANYA diambil dgn cara yg betul..!*

*GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK..!*

*KESILAPAN* kita (kbykkan Org² Melayu) ialah kita memasak garam iaitu memasukkan garam ke dlm masakan ketika masakkan sedang *MENDIDIH/PANAS.*

*Ini akan menyebabkan GARAM mjadi RACUN/TOKSIK.*

*Garam,* bahasa saintifiknya adalah *SODIUM*.

 *Jika GARAM dimasak dgn cara X betul (spti diatas) ia akan mybbkan nya berasid dan mbahayakan kesihatan serta mgundang pelbagai penyakit.*
~♡☆♡☆♡☆
*CARA yg betul PENGGUNAAN GARAM:*

*Kaedah PERTAMA:*

- Masakkan mknan yg ingin dimasak shgga selesai.

*Contohnya: Kari Ikan..*

*- Akhir sekali/waktu baru masukkan garam* dlm  masakan tadi serta gaulkan apabila ianya beransur suam.*
*- @ Kacau air garam dan tuangkan ke dlm kuah.*

*Kaedah KEDUA:*
*- Masak makanan tanpa masukkan garam.*

- Semasa makan, sediakan *semangkuk garam* disebelah dan taburkan diatas makanan yg ingin dimakan mgikut tahap selera masing².

"Antara amalan yg diamalkan oleh para *SALAFUSOLEH* ialah dgn mgambil *garam sblum jamah  makanan "*

- Ia bertindak sbgi *pbuka selera dan juga sbgi mineral* bagi badan.

*GARAM IALAH MINERAL!!*

- Antara kelebihannya ialah:

* mengubati *LEBIH dari 70 penyakit* serta SseOrg itu tidak akan MATI dlm keadaan mati mengejut.

*Sebarkan agar semua Org Islam sihat!!*

Mengambil Berkat Penuh Keberkatan. Amal Sunah.

WallahuA'lam..والله اعلم
_*♡Sharing is Caring♡*_