Jumaat, 26 Januari 2018

AKTIVITI - KURSUS TERNAKAN IKAN PUYU

Assalamualaikum

Satu sesi Kursus Ternakan Ikan Puyu Baka Champoi akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: *27 Jan 2018*
Masa: *8.30 pagi - 4.30 ptg*
Tempat: *Perkarangan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian dan IAT( berhadapan tangki air AKSB Machang*
🐠🐟🐠🐟🐠🐟🐠🐟🐠🐠🐟
Kursus ini dianjurkan oleh pihak Koperasi Usahawan Pertanian Machang dan dengan makluman Jabatan Perikanan Machang

***Sijil penyertaan kursus  akan diberikan kepada peserta.


Ahad, 26 November 2017

Ingatlah.. Duhai Manusia

Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Hidup ini hanya sementara kawan. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredaan dan kasih sayang Tuhan.

Rahsia Huruf AL Quran

Seorang Yahudi mendatangi Rasulullah seraya bertanya, “Apa makna huruf hijaiyah?”.
Rasulullah berkata kepada Ali bin Abi Thalib, “Jawablah pertanyaannya, wahai Ali!”. Kemudian Rasulullah saw berdoa, “Ya Allah, jadikanlah dia berhasil dan bantulah dia.”
Ali berkata, “Setiap huruf hijaiyah adalah nama-nama Allah.” Ia melanjutkan:
Alif ( ﺍ ) : Ismullah (nama Allah), yang tiada Tuhan selain-Nya. Dia selalu hidup, Maha Mandiri dan Mahakuasa .
’Ba ( ﺏ ) : al Baqi’ (Mahakekal), setelah musnahnya makhluk .
Ta ( ﺕ ) : al Tawwab (Maha Penerima Taubat) dari hamba-hamba-Nya .
’Tsa ( ﺙ ) : al Tsabit (Yang Menetapkan) keimanan hamba-hamba-Nya .
Jim ( ﺝ ) : Jalla Tsanauhu (Yang Mahatinggi Pujian-Nya), kesucian-Nya, dan nama-nama-Nya yang tiada berbatas .
’Ha ( ﺡ ) : al Haq, al Hayyu, wa al Halim (Yang Mahabenar, Mahahidup, dan Mahabijak ) .
Kha ( ﺥ ) : al Khabir (Yang Mahatahu) dan Mahalihat. Sesungguhnya Allah Mahatahu apa yang kalian kerjakan .
Dal ( ﺩ ) : Dayyanu yaumi al din (Yang Mahakuasa di Hari Pembalasan ) .
Dzal ( ﺫ ) : Dzu al Jalal wa al Ikram (Pemilik Keagungan dan Kemuliaan ) .
Ra ( ﺭ ) : al Rauf (Mahasayang ) .
Zay ( ﺯ ) : Zainul Ma’budin (Kebanggaan Para Hamba ) .
Sin ( ﺱ ) : al Sami al Bashir (Mahadengar dan Mahalihat ) .
Syin ( ﺵ ) : Syakur (Maha Penerima ungkapan terima kasih dari hamba-hamba-Nya ) .
Shad ( ﺹ ) : al Shadiq (Mahajujur) dalam menepati janji. Sesungguhnya Allah tidak mengingkari janji-Nya .
Dhad ( ﺽ ) : al Dhar wa al Nafi (Yang Menangkal Bahaya dan Mendatangkan Manfaat ) .
Tha ( ﻁ ) : al Thahir wal al Muthahir (Yang Mahasuci dan Menyucikan ) .
Zha ( ﻅ ) : Zhahir (Yang Tampak dan Menampakkan Kebesaran-Nya ) .
Ain‘ ( ﻉ ) : al ’Alim (Yang Mahatahu) atas segala sesuatu .
Ghain ( ﻍ ) : Ghiyats al Mustaghitsin (Penolong bagi yang memohon pertolongan) dan Pemberi .Perlindungan
Fa ( ﻑ ) : Yang Menumbuhkan biji-bijian dan .tumbuhan
Qaf ( ﻕ ) : Yang Mahakuasa atas makhluk-.Nya
Kaf ( ﻙ ) : al Kafi (Yang Memberikan Kecukupan) bagi semua makhluk, tiada yang serupa dan sebanding dengan-Nya .
Lam ( ﻝ ) : Lathif (Mahalembut) terhadap hamba-hamba-Nya dengan kelembutan khusus dan tersembunyi .
Mim ( ﻡ ) : Malik ad dunya wal akhirah (Pemilik dunia dan akhirat ) .
Nun ( ﻥ ) : Nur (Cahaya) langit, cahaya bumi, dan cahaya hati orang-orang beriman .
Waw ( ﻭ ) : al Wahid (Yang Mahaesa) dan tempat bergantung segala sesuatu .
Haa ( ﻩ ) : al Hadi (Maha Pemberi Petunjuk) bagi makhluk-Nya. Dialah yang menciptakan segala sesuatu dan memberikan petunjuk .
Lam alif ( ﻵ ) : lam tasydid dalam lafadz Allah untuk menekankan keesaan Allah, yang tiada sekutu bagi-Nya .
Ya ( ﻱ ) : Yadullahbasithun lil khalqi (Tangan Allah terbuka bagi makhluk). Kekuasaan dan kekuatan-Nya meliputi semua tempat dan semua keberadaan .
Rasulullah saw bersabda, ”Wahai Ali, ini adalah perkataan yang Alflah rela terhadapnya.” Dalam riwayat dijelaskan bahwa Yahudi itu masuk Islam setelah mendengar penjelasan Sayyidina Ali.

Jumaat, 23 Jun 2017

Apakah Sebenar-benar Puasa

Hari raya idul fitri inshaAllah tinggal 2 hari lagi, hari raya idul fitri dalam suluhan ilmu syariat, punya pengartian ataru tafsirannya adalah merujuk kepada hari kemenangan. Tapi Menang apa? Para jamaah. Berperang tidak, berjuang tidak dan berjihad tidak. Apakah yang hendak dimenangkan?. Tidak pantaslah, hanya dengan 30 hari menahan lapar dan dahaga itu, dikatakan tanda menang?.

Hari raya idul fitri dikatakan hari kemenangan  Apakah dengan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga itu bisa dikatakan menang?. Setakat puasa lapar dan dahaga, kanak seusia 9 tahun juga bisa menahan lapar dan dahaga sebagai mana kita yang dewasa. Bahkan lebih hebat lagi anak-anak berpuasa sambil bermain, berlari, sementara kita asyik tidur, mentang-mentang tidur itu ibadah, tapi Apakah itu bisa dikatakan kemenangan?. Kita kata perang melawah hawa nafsu, anak-anak jauh lebih hebat lagi menahan hawa nafsunya, dibandingkan kita. jadi menang dari apa para jamaah.

Hadis ada mengatakan bahawa,
“seringan-ringan puasa di bulan Ramadhan itu, adalah menahan lapar dan dahaga”

 Jika berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga, itu adalah darjat atau tingkatan puasa yang paling kecil, paling bawah, seringan-ringan, serendah-rendah dan selemah-lemah puasa. Manakah yang dikatakan seberat-berat, sebesar-besar dan seafdal-afdal puasa itu?. Jika yang kecil dan yang ringan saja yang kita tumpu, kita kejar, kita cari dan kita utamakan, sampai kapan untuk kita mendapat tahap puasa yang sebenar-benar puasa, sebesar-besar puasa dan seberat-berat puasa?. Jika kita hanya asyik mengutamakan puasa yang kecil ( puasa yg ringan) tanpa mengerjakan puasa yang berat dan besar, manakah yang dikatakan kemenangan?. Hendak menang apa?.

Muslimin muslimat yang dimuliakan Allah
 Orang yang berpuasa itu, adalah orang yang di dalam kemenangan!. Sekadar menang lapar dan menang dahaga, itu adalah tahap kemenangan puasa yang rendah dan itu adalah darjat kemenangan puasa yang lemah dan kecil.
Kemenangan yang tidak mendatangkan keberhasilan itu, bukanlah dikatakan menang!. Apakah arti kemenangan tanpa keberhasilan?. Menang dengan tidak berhasil, apakah bisa dikatakan menang?. Lulus pemeriksaan tetapi tidak ada hasil!. Apakah itu dikatakan keberhasilan atau kemenangan?. Tanam jagung tetapi tidak ada buah. Apakah itu menang dan apakah itu berhasil?.

Muslimin muslimat yang dimuliakan Allah….
Jika ikut tafsiran ilmu syariat, menahan lapar dahaga itulah yang dikatakan puasa. Tetapi  apabila dilihat melalui suluhan ilmu hakikat atau ilmu makrifat, puasa itu, bukan sahaja perkara menahan lapar dan dahaga sahaja!. Melainkan Menikmati nikmat, rahmat dan barokah Allah s.w.t, itulah puasa!. Nikmat air itulah puasa, nikmat makan itulah puasa. Sebagaimana pengertian bulan Ramadhan bulan Nikmat, Rahmat dan bulan Barokah.

Seringan-ringan atau sekecil-kecil puasa itu, adalah nikmat minum air dan nikmat makan  nasi. Manakala seberat-berat atau sebesar puasa itu, adalah menikmati nikmat mata, telinga, mulut, gerak, melihat, dengar, akal, berpemikiran dan sebagainya.

apabila kita tidak bersyukur atau tidak pandai untuk berterima kasih akan nikmat pemberian Allah s.w.t, itulah tandanya kita yang tidak berpuasa. Setelah kita bersyukur atas nikmat itu, hendaklah nikmat itu spt nikmat mata, telinga, mulut dan lain-lainnya itu dikembalikan semula kepada tuan yang empunya nikmat yaitu Allah swt.

apabila kita sudah tahu apakah itu yang dinikmati, itulah yang dikatakan rahmat dan barakah (Ramadan), akan tetapi nikmat, rahmat dan barokah angggota tujuh kita  ini, hendaklah dikembalikkan lagi kepada Allah. Setelah semua dan segala sifat baharu (diri kita) dikembalikan kepada Allah sepenuhnya secara total, maka itulah yang dikatakan sebenar-benar  Ramadan, sebesar-besar Ramadhan…!.

Berpuasa Ramadan itu, bukan setakat menjaga mulut dari tidak mengumpat orang atau tidak berbohong sahaja, tapi berpuasa Ramadan itu, adalah bermaksud, bermakna dan berarti menyerah anggota mulut dan anggota yang lainnya kepada Allah. Setelah kita serah anggota mulut kepada Allah, berarti kita tidak lagi memiliki mulut! Kita bisu. setelah kita tidak ada mulut, masak masih bisa megumpat atau berbohong!.

Selama  masih ada anggota mulut atau tidak diserah kepada Allah, selama itulah kita akan mengulangi berbohong, mengumpat, mencaci maki  atau menipu orang. Coba jamaah grup bayangkan jikalau kita tidak ada anggota mulut, (bisu), masak bisa mengulangi berbohong, megumpat atau menipu orang?.

Jadi Puasa Ramadan ini, bukan bertujuan untuk menjaga anggota mulut dari mengumpat selama bulan Ramadan yg 30 hari ini sahaja!, bahkan Ramadan itu, hendaklah sepanjang bulan, sepanjang Tahun dan sepanjang Masa, selama hayat masih dikandung badan.

Bagaimanakah caranya ingin berpuasa sepanjang tahun, sepanjang masa sedangkan puasa yang satu bulanpun kita tidak faham dan tidak tahu akan maksud, tujuan, arti atau makna nya?.

Jadi selama ada anggota mulut atau sifat kita selaku manusia, walaupun tidak banyak, lambat laun biarpun sedikit, kita akan tetap mengulangi berbohong, megumpat dan menipu orang. Untuk tidak menipu, berbohong atau mengumpat orang buat selama-lamanya, biarpun ianya bukan bulan puasa, hendaklah kita Ramadankan diri kita (sifat anggota tujuh) kita ini, iaitu dengan cara kita serah sepenuhnya anggota tujuh kita secara total kepada Allah swt,  sampai ke tahap tidak terlihat adanya diri.

Barulah benar-benar Ramadan, barulah mengerjakan puasa yang berat. Tapi untuk sampai kepada tahap ini sangat-sangat-sangat berat selama masih adanya kelihatan diri kita sebagai contoh, gara-gara aku baru dia sukses, kalau bukan aku,..... nah kata-kata aku-aku ini yang hendak diserah kembali kepada Allah swt, barulah kita mengerjakan puasa yang berat, puasa yang dikerjakan oleh orang-orang terdahulu sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dalam surah al-baqaroh ayat 183 : yang artinya, "HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, DIWAJIBKAN ATAS KAMU BERPUASA SEBAGAIMANA DIWAJIBKAN ATAS ORANG-ORANG SEBELUM KAMU AGAR KAMU BERTAQWA." (Al-Baqaroh:183)

Muslimin muslimat yang dimuliakan Allah….
Inilah puasanya orang2 terdahulu, orang-orang sebelum kita, sebelum nabi Muhammad saw di utus, Jadi Puasa itu bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, bukan sahaja beriktikaf di masjid, bukan sahaja berzikir atas sejadah sepanjang malam.

Puasa itu adalah Ramadhan, Ramadhan itu adalah nikmat, nikmat itu adalah rahmat, rahmat itu adalah berkah, berkah itulah ikhlas, ikhlas itu berserah diri, berserah diri itu, mengembalikan segala kenikmatan diri kepada Allah s.w.t. sehingga pada tahap “Aku tidak ada, Aku tidak punya dan Aku tidak memiliki apa-apa selain Allah”, jadi Allah-Allah-Allah.. Itulah sebenar-benar pengertian puasa Yaitu Berserah Diri!
.
Setelah itu Barulah kita berhari raya fitri, hari raya fitri artinya mengingati hari yang fitrah atau hari semula jadi kita. Karna setelah kita serah semuanya kepada Allah, barulah kita kembali fitri seperti bayi yang baru lahir, bayi yang tidak tahu apa-apa, pasrah seperti anak bayi Dan barulah kita bisa dikatakan menang. Karna kita berhasil mengembalikan segala sifat baharu kita kepada Allah swt.

Tapi para jamaah, sayang 1000 sayang bagaimanakah caranya menyerahkan segala sifat baharu kita, atau menyerah diri kita kepada Allah, kalau kita belum mengenal Allah swt. Bersyukur  orang-orang yg sudah mengenal Allah, karna Setelah mengenal Allah swt, barulah kita dapat tahu penyerahan itu dapat diterima atau tidak.
Jadi kuncinya para jamaah grup, Kenallah terlebih dahulu Allah swt.

untuk mengenal Allah, Kenallah diri terlebih dahulu barulah secara otomatis dapat mengenal Allah swt. Sebagaimana petunjuk dan isyarat para ahli tasawuf “MAN ‘ARA PANAPSAHU PAQOD ‘ARA PAROBBAHU, PAQOD ‘ARA PAROBBAHU PASADAL JASAD” (Barang siapa mengenal akan dirinya, maka kenallah ia kepada tuhannya, barang siapa mengenal Tuhannya maka binasalah jasadnya). Barulah kita tahu cara berserah diri dengan sebenar-benar berserah diri,

dan juga Allah Berfirman : WAHUWA MA’AKUM AINAMA KUNTUM” (mengapa kamu tidak mengetahui, didalam diri kamu rahasiaku).

Muslimin muslimat yang dimuliakan Allah
Semoga yang sedikit ini dapat bernilai bagi kita, dan semoga kita dapat petunjuk untuk mengenal diri mengenal Allah, sehingga kita dapat puasa Ramadhan sepajang bulan sepanjang tahun, dan semoga kita dapat lekas bertemu dengan bulan ramadhan, bertemu lailatul qadar., amin…amin ya robbal ‘alamin.

Jumaat, 23 Disember 2016

*TAZKIRAH MAHABBAH*

*TAZKIRAH MAHABBAH*
_*(Kasih Sayang)*_

🌺💐🌷🌹🌺

*KEMBALILAH KEPADA  ALLAH DAN RASUL-NYA*

*Hikmah Berbakti Kepada Ibu Bapa*

Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.

Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman. Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah.

Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya. "Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan. "Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan. "Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit. "Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai.

Dalam perjalanan aku melihat sebuah kubah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu. "Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut. "Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada.

Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah." "Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?" "Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu." "Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan. "Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang.

Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah karomah (kelebihan) bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.

Khamis, 22 Disember 2016

Capal / Sandal / Na'al Rasulullah SAW

Capal / Sandal / Na'al Rasulullah SAW

Ada seorang ulamak menggunakan nama " MAULANA " cuba utk mengelirukan masyarakat mengenai kelebihan capal/sandal Nabi SAW yg mulia ...

D sini saya kongsikan tulisan drpd GURU beliau sendiri iaitu Syeikhul Hadis Al Allamah Maulana Zakaria Al Kandahlawi ...

FADHILAT SANDAL RASULULLAH Sollallahu 'alaihi wasallam.


Maulana Zakaria al- Kandahlawi (rah) dan Maulana Asyraf Ali Thanwi (rah) adalah dua nama ulama besar dari aliran Deobandi.

Setiap pelajar yang berkelulusan dari Darul Uloom Deoband atau dari mana-mana madrasah yang beraliran Deobandi pasti mempunyai sanad keilmuan yang akan melalui kedua-dua tokoh ulama berkaliber tinggi ini.

 Kedua-dua mereka telah menyebut dalam kitab mereka mengenai fadhilat gambar dan lakaran sandal/ capal Rasulullah SAW.

Syaikhul Hadis Maulana Zakaria al-Kandahlawi dalam kitabnya yang mensyarahkan kitab “Syamail at-Tirmidzi” menyatakan:

Gambar lakaran sandal/capal dan kelebihan serta keberkatannya telah diberikan dengan begitu terperinci di dalam kitab “Zadus Sa`id” karangan Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi (rahmatullah ‘alaihi).

Khasiatnya tidak putus-putus. Beliau menyatakan bahawa beliau sendiri (Maulana Zakaria) telah mengalaminya beberapa kali. Beliau berkata dengan menyimpan sebuah gambar lakaran capal ini seseorang itu akan diberkati dengan ziarah bertemu Rasulullah, akan dilepasi daripada ancaman kuku besi penzalim, mencapai keberhasilan pekerjaannya dan berjaya di dalam segala cita-cita melalui tawassul capal ini. ”

Selain Maulana Zakaria dan Maulana Asyraf, seorang alim ahlus sunnah tersohor berasal dari bumi Palestin, bernama Syeikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani telah mengungkapkan kemuliaan sepatu Rasulullah dalam bentuk puisi dalam kitabnya “Jawahirul Bihar” , ianya adalah seperti berikut;

1) Alas kaki Nabi Muhammad berada di atas kepala alam semesta dan seluruh makhluq berada di bawah bayang-bayangnya.

2) Ketika di bukit Tursina, Nabi Musa as diperintah supaya menanggalkan (alas kakinya), tetapi Nabi Muhammad saw. biarpun berada pada jarak yang lebih tinggi drpd bukit Tursina, tidak diminta drpdnya supaya ditanggalkan sandalnya (kerana apa shj yg berkaitan dgn nabi, jadi mulia - dlam bhsa mudah).

3) Lambang yang meniru Sandal asli Sang Rasul saw. yang paling Mulia itu membuatkan bintang-bintang berangan-angan
menjadi tanah untuk dipijak olehnya.

4) Madu-madunya, tujuh petala langit semuanya cemburu, dan mahkota-mahkota raja semuanya merasa hasad padanya.

5) Lambang sandal al-Mustafa saw itu tiada tolok bandingnya, ia adalah kerehatan bagi rohku dan celak (ubat) bagi mataku.

6) Sangatlah mulia lambang sandal yang Agung ini! Kerananya, semua kepala berharap, alangkah baiknya jikalau dapat menjadi kaki (Baginda saw.)

7) Apabila aku melihat ALLAH mula memerangi manusia (kerana maksiat mereka), aku menjadikan alas kaki tuannya sebagai perisai.

8) Aku berlindung daripadaNYA (Kemarahan ALLAH) dengan keagungan lambang alas kaki Baginda, sebagai tembok yang kukuh dimana aku berasa aman dibawah perlindungannya.

9) Aku berkhidmat pada lambang Sandal al-Mustafa saw, supaya dapat aku hidup di dunia dan akhirat dibawah bayang-bayangnya.

10) Berbahagianya Ibnu Mas`ud ra. kerana khidmatnya pada sandal Baginda (yang sebenarnya), dan aku, adalah si dia yang berbahagia kerana khidmatku pada lambangnya.

11) Sesungguhnya, bukanlah pada lambang itu hatiku merindu, tetapi pada Baginda saw. yang memakai sandal itu…

12) Kita direndahkan oleh cinta kerana memuliakan sandal ini, dan bilamana kita merendahkan diri dihadapannya, kita akan diangkat dan dimuliakan.

13) Maka letakkanlah ia di rak-rak teratas, kerana secara zahir ia adalah Sandal, namun pada hakikatnya ia adalah Mahkota.
__________________

Dan di antara kelebihannya yang telah terbukti manfaat dan keberkatannya ialah tentang apa yang dikisahkan oleh seorang syaikh yang soleh, Abu Ja’far Ahmad bin Abdul Majid:

1) “Aku telah membuat mitsal ni`al (lakaran sandal) ini untuk seorang muridku, maka dia telah berjumpa denganku pada suatu hari dan berkata:

"Kelmarin aku telah melihat keberkatan ni`al ini yang ajaib. Isteriku telah ditimpa sakit yang berat sehingga hampir-hampir binasa, maka aku letakkan mitsal ni`al tersebut pada tempat sakitnya dan berdoa,

“ALLAHUMMA ARINI BARAKATa SOHIBI HAZhA AN-NA’LI” ( Ya Allah, tunjukkanlah aku keberkatan tuan empunya ni`al ini, yakni Junjungan Nabi s.a.w.),
Lalu dia disembuhkan Allah pada waktu itu juga.

2) Keharusan bertawassul dengan lakaran sandal Rasulullah SAW juga disebutkan oleh Maulana Zakaria Kandahlawi dalam kitabnya Syarah Syamail Tirmizi.

3) Antara kelebihannya yang lain juga dicatatkan oleh Imam al-Qustulani dalam kitabnya “al-Mawaahibul Laduniyyah” juz ke-2 mukasurat 174.

Telah berkata Abu Ishaq: "Telah berkata Abul Qasim bin Muhammad" :

”Di antara yang telah mujarab keberkatannya ialah sesiapa yang membawanya bersama dengan niat untuk mengambil berkat, jadilah dia selamat daripada kejahatan penjahat, memperolehi kemenangan ke atas musuh dan mendapat penjagaan daripada syaitan yang jahat serta dipelihara daripada kedengkian orang-orang yang hasad.

Dan jika dibawa oleh orang perempuan hamil yang sedang sakit hendak bersalin pada sebelah kanannya, nescaya dipermudahkan urusannya tersebut dengan pertolongan dan kekuatan Allah.”

Beberapa ulama lainnya juga telah mengarang berbagai kitab mengenai lakaran sandal atau ni`al al-Mustafa saw ini. Antaranya ialah Imam Ibnu ‘Asakir dalam kitabnya“Timsalu Na’l an-Nabiy“, Imam Ibnu Muqri dalam kitabnya “Qurratul Aynayn fi Tahqiq Amr an-Na’layn“, Imam Abul Abbas al-Maqqari dalam kitabnya “Fathul Muta`al fi Madhin-Ni`al” dan ramai lagi yang lain.

Ulama membuat lakaran atau imej sandal Rasulullah s.a.w demi kecintaan kepada Nabi junjungan besar s.a.w. sehingga merasakan sandal di telapak kaki junjungan s.a.w lebih mulia dan lebih bertuah daripada diri mereka. Hal ini amat payah untuk difahami oleh orang-orang yang tidak mengenal cinta dan orang yang tidak pernah mengecap fana-ur-rasul.

Bukankah kecintaan itu menuntut untuk mencintai apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan yang dicintainya. Perhatian diberikan hatta ke sandal Kekasih s.a.w bukan kerana sandal tetapi kerana yang tuan empunyanya. Tulusnya cinta pada kekasih telah menyebabkan keberkatannya terzahir pada diri pencinta.

Jika sandal Rasulullah saw itu tiada apa-apa kaitan dengan agama, maka sudah tentu para sahabat Rasulullah saw tidak perlu bersusah payah meriwayatkan hadis-hadis berkenaan rupa bentuk sandal yang dipakai oleh Rasulullah seperti mana yang telah dihimpunkan hadis-hadisnya oleh Imam Tirmizi dalam Syamail-nya yang menerangkan mengenai rupa dan bentuk sandal Rasulullah secara terperinci.

Jika ada yang mengatakan "bukankah bukti cinta Rasulullah saw itu dengan mengikuti sunnahnya?". Demikian memang benar, tetapi manusia juga diberi ruang dan peluang untuk memupuk perasaan cintanya terhadap Rasulullah sebagai asas kekuatan dan motivasi untuk beristiqamah dengan sunnah Rasulullah saw.

Semoga kita ditumpahkan perasaan cinta yang mendalam terhadap Rasululah saw serta apa dan siapa saja yang berkaitan dengan Baginda, Sollallahu 'alaihi wasallam.
Aamiin.

💜 Surah Al-Ikhlas


"JANGAN TERLALU MEMANDANG BINTANG DI LANGIT HINGGA KITA TERLUPA RUMPUT DI BUMI"

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

Nota
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat".

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu, Aku akan
menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..."

Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa yang menyampaikan 1(satu) ilmu saja dan ada orang yg
mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia),
dia akan tetap memperoleh pahala.
SUBHANALLAH..!
I hope today Ya اَللّهُ :
✔ Muliakanlah yang membaca pesan ini
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah kel
uarganya, dan
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
✔ Mudahkan seganla urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka
    Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan
✔ Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Surga-MU.

 آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Kirim ke semua orang dalam contact. Doakan mereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan.

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن